Nampaknya ini berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan membenarkan operasi restoran, kedai makan dilanjutkan sehingga jam 10 malam mulai esok, 22 Januari 2021.
BACA: Pakar Virus: Ada Kemungkinan PKP Akan Dilanjutkan, Beri Kesan Pada Ekonomi Negara
Perkara itu diummumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian sebentar tadi.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan masih kekal dengan keputusan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam premis, sebaliknya hanya boleh membungkus makanan.
Menurutnya lagi, perkhidmatan penghantar makanan juga boleh terus beroperasi hingga 10 malam.
KERAJAAN SETUJU OPERASI KEDAI MAKAN DAN RESTORAN DILANJUTKAN SEHINGGA 10.00 MALAM BERMULA 22 JANUARI 2021 pic.twitter.com/bXQvWNMY4u
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) January 21, 2021
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.