Dalam perutusan perdana sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi peringatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes COVID-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak.
Beliau berkata jika PKP dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara.
Kata Perdana Menteri lagi, kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes baharu yang tinggi.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus berwaspada dan tidak leka terhadap peraturan berkaitan kuarantin, pemakaian pelitup muka serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar penularan wabak COVID-19 dapat dikawal.
SUMBER: Bernama