PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Dalam perutusan sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sepatutnya berakhir 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Menurut beliau, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.

“Justeru, demi kepentingan saudara saudari sekalian, kerajaan memutuskan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

“Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya.