PM Bimbang Kewujudan Kluster Baru, Pertimbang Wajibkan Pelitup Muka

Ketika kita merasakan penyebaran COVID-19 di negara ini akan beransur pulih, namun perkara sebaliknya yang terjadi. Malah perkara ini turut mendatangkan kebimbangan buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA: Tak Patuh Arahan KKM, Netizen Bengang Dengan Wanita Bergelang Kuarantin Ini

Perkara membimbangkan ini adalah di atas kewujudan 13 kluster jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut beliau, antara kluster tersebut ialah kluster restoran di Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara.

“Walaupun kekal rendah, saya bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP. Lebih membimbangkan saya, kes positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dipetik daripada BH Online.

Gambar oleh REUTERS/Lim Huey Teng

Sementara itu, menurut Sinar Harian, kerajaan kini sedang mempertimbangkan arahan mewajibkan penggunaan pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Keputusan tentang pelaksanan tersebut akan diumumkan apabila kerajaan memuktamadkan keputusan penggunaannya.

Mari kita bersama-sama beringat demi mengelak keadaan tidak terkawal sehingga menyebabkan lockdown kembali.

Jika tak mahu ketinggalan info dan bacaan menarik setiap hari, jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram.

Gambar Ihsan: Bernama