PM Tawar Diri Jadi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin COVID-19

0
1645
PUTRAJAYA, 23 Sept -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pengumuman khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung hari ini. Sejumlah 98 peratus permohonan moratorium lanjutan dan bantuan bank secara bersasar telah diluluskan. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Sept 23 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin when delivering the “Kita Prihatin” special address today. Ninety-eight per cent of applications for moratorium extension and targeted bank assistance have been approved. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

Menurutnya lagi, ia akan diikut dengan petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Perkara itu dimaklumkan oleh Muhyiddin pagi tadi menerusi video mengenai perkembangan terkini pemberian vaksin COVID-19 di Radio Televisyen Malaysia.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengajak semua pihak bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun selepas menerima bekalan dan suntikan vaksin.

“Sekali lagi saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun setelah kita menerima bekalan dan suntikan vaksin.

“Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telahpun berada dalam komuniti.” Katanya.

SUMBER: BH Online