PM Umum Moratorium Automatik 6 Bulan Bermula Julai

0
16919

Menerusi sidang media Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan moratorium.

Pakej bantuan moratorium automatik tanpa syarat diberikan selama enam bulan berkuatkuasa Julai hingga Disember ini.

Muhyiddin berkata kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,” katanya.

SUMBER: FMT