Polis Dedah Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Ketika PKP

0
1960

Kebiasaannya kita mengengar kes penderaan berlaku melibatkan suami isteri atau anak didera oleh ibu bapa. Namun, lain yang terjadi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kes penderaan ke atas ibu bapa meningkat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak PDRM (D11) itu sangat mengejutkan apabila penderaan ibu bapa oleh anak mereka sendiri meningkat sebanyak 20 peratus dalam tempoh PKP.

Menurut Penolong Pengarah D11, ACP Siti Kamsiah, sepanjang 3 bulan sebelum PKP kes penderaan ke atas ibu bapa mencatatkan 125 kes dan kemudian meningkat kepada 134 kes sepanjang PKP.

Kes penderaan itu terjadi disebabkan anak-anak tertekan akibat berdepan masalah kewangan, hilang pekerjaan, gaji dipotong atau kesan akibat terkurung di dalam rumah.

Laporan juga menyatakan kebanyakan kes yang dilaporkan ibu bapa menjadi mangsa dera oleh anak-anak mereka yang berumur di antara 30 hingga 38 tahun.

Dalam pada itu, pihak polis turut memberitahu kes kes penderaan rumah tangga melibatkan suami dan isteri menurun sebanyak 20 peratus dimana sebanyak 261 kes dicatatkan sebelum PKP, turun sebanyak 134 kes ketika PKP.

SUMBER: Malay Mail