Polis Dedah Nama & Wajah Sebenar Individu Lari Dari Bangunan SPRM

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila suspek utama sindiket Macau Scam melarikan diri dengan memanjat pagar selepas dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-baru ini.

Kes itu sekaligus mencetuskan persoalan netizen bagaimana suspek tersebut boleh panjat pagar bangunan berkenaan. Bagaimanapun segalanya terjawab apabila suspek dibantu oleh dua pengawal peribadi untuk melarikan diri.

Terbaru, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengenai individu yang dikehendaki itu. Pihak polis turut mendedahkan wajah lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Goh Leong Yong.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dato’ Huzir bin Mohamed, lelaki tersebut dikehendaki kerana beberapa kes berkaitan aktiviti perjudian.

“Suspek ini dikehendaki bersabit kesalahan melibatkan 3 (tiga) kes di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,” katanya.

SUMBER: Facebook PDRM