Prank Isteri Call Kawan Minta Nombor Janda, Habis Melayang Telefon Kena Baling

Sebut sahaja perkataan janda, pasti kebanyakan lelaki seolah tak keruan. Mana tidaknya, ramai lelaki kini lebih memilih janda untuk dijadikan isteri kerana mereka pandai bergaya.

Namun, perkongsian lelaki ini yang mahu bergurau dengan isteri apabila menerima panggilan rakan yang kononnya meminta nombor janda mengundang padah.

Mana tidaknya, sebaik sahaja mendengar perkataan janda, si isteri terus merampas telefon suaminya dan membalingnya ke lantai kereta.

https://www.tiktok.com/@mattop55/video/6978395227442760986?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6978395227442760986&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

 

Terkejut melihat reaksi isterinya, si suami terus mengatakan ia hanya gurauan dan terus menunjukkan ada kamera tersembunyi.

Bagaimanapun, kisah tersebut tidak habis setakat itu apabila si isteri mengajak pulang ke rumah ibunya untuk bermalam di sana mungkin kerana kecewa dengan gurauan tersebut.

Menerusi satu lagi video, lelaki itu turut berkongsikan nasibnya apabila terpaksa tidur diluar. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berseloroh mereka ada bantal dan selimut lebih untuk lelaki berkenaan.

https://www.tiktok.com/@mattop55/video/6978423843740192026?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6978423843740192026&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

https://www.tiktok.com/@mattop55/video/6978442805899300123?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6978442805899300123&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

Bagaimanapun, tidak lama kemudian isterinya datang memintanya masuk serta meminta maaf. Malah, si suami juga turut memohon maaf di atas gurauannya itu dan turut kedengaran isterinya meminta supaya tidak bercakap lagi tentang janda.

https://www.tiktok.com/@mattop55/video/6978490505424309530?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6978490505424309530&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

SUMBER: TikTok Mattop