Program Realiti The House Dikecam, Netizen Dakwa Seolah Hina Orang Susah

Umum mengetahui, program realiti The House musim terbaru mula ditayangkan semalam menampilkan ikon fesyen berpengaruh dan sosialit masyhur, Ezurin Khyra sebagai tetamu baharu program tersebut.

Menerusi program tersebut, Ezurin bersama ahli keluarganya akan menyahut cabaran untuk hidup secara sederhana dan meninggalkan seketika realiti kehidupan royalti sebelum ini.

Bagaimanapun, belum lagi rancangan itu ditayangkan rata-rata netizen sudah mengecam program realiti tersebut. Netizen mendakwa program berkenaan seolah menghina golongan susah.

 

Netizen juga turut mempersoalkan perlukah tayangkan program seperti ini dimana kebayakan rakyat sekarang mengalami kesukaran hidup serta terjejas pendapatan sehingga ada yang hilang tempat tinggal.

Kata netizen lagi, ramai yang dibuang kerja kerana keadaan ekonomi sekarang teruk namun boleh pula ditayangkan rancangan realiti seperti ini yang seolah tidak sensitif dengan keadaan semasa. Apa pendapat anda tentang program realiti ini?