Promosi Cermin Rumah Mampu ‘Perlahankan’ Bunyi Azan, Syarikat Ini Buat Netizen Marah

Malaysia sememangnya negara yang sangat unik terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan bangsa. Meskipun hidup dalam pelbagai adat dan budaya namun masyarakat kita hidup dalam aman harmoni dan hormat antara satu sama lain.

Namun, masih ada segelintir pihak yang masih kurang sensitif dalam menghormati agama lain. Seperti kita tahu, setiap kali masuknya waktu solat, azan akan berkemundang dari masjid dan surau sebagai peringatan pada umat Islam untuk menunaikan kewajian mereka.

Namun, syarikat ini sebaliknya mengambil kesempatan dengan memperkenalkan perkhidmatan memasang cermin kalis bunyi kononnya mampu ‘memperlahankan’ laungan azan.

Malah, syarikat tersebut turut menunjukkan testimoni penggunaan cermin kalis bunyi di sebuah rumah memaparkan selepas cermin mereka dipasang, bunti azan dikatakan berkurangan.

Perkongsian syarikat itu tular di media sosial sekaligus mengundang kemarahan netizen khususnya yang beragama Islam.

Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam ramai yang menyeru agar memboikot perkhidmatan syarikat tersebut.

Menyedari produk dikeluarkan mereka mengundang rasa kurang senang orang ramai, laman Facebook rasmi syarikat itu tidak menunggu lama memuat naik permohonan maaf kepada umat Islam berikutan tindakan mereka itu.

Syarikat itu turut mengatakan pihak mereka akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum memuat naik apa sahaja perkongsian atau promosi berkenaan produk mereka.