PU Azman Backup Fizi Guna Hadis, Buka Mata Netizen

Tidak dapat dinafikan, animasi Upin Ipin sentiasa mendapat perhatian ibu bapa namun baru-baru ini salah satu watak dalam animasi itu iaitu Fizi telah dikecam gara-gara terlanjur kata.

Menurut Fizi, mereka yang tiada ibu tidak akan masuk syurga (tonton video pendek di bawah bermula minit ke 2) – sekaligus membuatkan Upin dan Ipin yang sememangnya kita tahu adalah yatim piatu terus murung. Perkara ini dalam masa yang sama turut mendapat perhatian penonton dari Indonesia.

https://www.youtube.com/watch?v=cv-iGwPOI3g

Lebih dahsyat lagi, ada penonton yang mahu watak Fizi terus dimatikan selain menyifatkan dia tidak beradab. Jangan main-main penangan kartun, emosi sungguh jadinya.

PU Azman Pertahankan Fizi, Dedah Perkara Sebenar

Memandangkan perkara ini viral sehinggakan Les Copaque selaku penerbit animasi tersebut turut akan keluar dengan permohonan maaf (melalui watak Fizi), salah satu kenyataan PU Azman sangat menarik untuk diberi perhatian.

Menurut PU Azman atau mesra dengan disapa Cik Man, kenyataan – syurga di bawah telapak kaki ibu sebenarnya adalah hadis palsu dan sangat lemah. Baca penjelasannya di sini.

Malah menurutnya, perbualan yang dilontarkan Fizi di dalam animasi tersebut adalah cerminan realiti bagi kanak-kanak. Melalui penjelasan ini, jelaslah bahawa lafaz hadis oleh watak Mail dalam episod tersebut sebenarnya adalah sangat lemah.

Apa Yang Kita Boleh Belajar

Berapa umur anda sekarang? Adakah ini kali pertama anda dengar bahawa syurga di bawah telapak kaki ibu itu adalah hadis palsu?

Ada hikmah juga sebenarnya melalui animasi Upin Ipin ini. Bermula sekadar kartun, kemudian isu yang timbul pula viral – sekaligus menjemput ilmuwan yang arif dengan perkara tersebut untuk menjelaskan perkara sebenar.

Tak dinafikan, mungkin ada yang emosi dan terbawa dengan situasi watak Fizi dan Upin Ipin, namun ia turut membuka lembaran baru tentang pengetahuan kita mengenai sesuatu yang sudah jadi kebiasaan untuk diungkapkan namun sebenarnya ia bersandar pada sumber yang palsu dan tidak sahih.