Pusat Beli Belah 1 Utama Diarah Tutup Mulai Esok

Pusat beli belah terkemuka, 1 Utama di Bandar Utama dan Tropicana Golf Club & Country Resort diarah tutup untuk proses sanitasi selepas beberapa kes Covid-19 dilaporkan.

Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ia berikutan sebanyak empat kes empat kes positif melibatkan tiga pekerja dan seorang pelanggan, sementara Tropicana Golf Club merekodkan lima kes.

Dalam pada itu, mereka yang mengunjungi bahagian kosmetik dan pewangi di Parkson Elite antara 30 September hingga 7 Oktober dan mereka yang memasuki Mac City antara 25 September hingga 30 September, diminta untuk menjalani saringan.

“Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula jam sembilan pagi hingga dua petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja, iaitu pengunjung premis pada tarikh yang dinyatakan,” katanya.

Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman.

SUMBER: Free Malaysia Today