Permulaan tahun 2021, kita dikejutkan dengan berita banjir besar yang berlaku di beberapa negeri. Malah, ramai yang bimbang melihat paras air sehingga sampai ke paras bumbung.
Umum mengetahui, semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri meredah banjir di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk melawat mangsa banjir di sekitar bandar Maran, Pahang.
Hari ini pula, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak juadah tengahari untuk mangsa banjir di PPS Dewan Orang Sri Damai, Kuantan.
Menerusi Instagram Istana Negara, turut dikongsikan video memaparkan Raja Permaisuri bersingsing lengan baju menyiapkan juadah makan kepada mangsa banjir.
View this post on Instagram
“Sentuhan air tangan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan”
Dalam entri tersebut baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk turut sama mendoakan agar bencana banjir itu segera reda.
Diruangan komen perkongsian itu, rata-rata rakyat memuji sikap prihatin baginda yang berjiwa rakyat. Kata netizen lagi sangat beruntung pada mereka yang dapat merasa masakan air tangan baginda.