Rakam Video Proses Kebumikan Sahabat Baik, Usahawan Dikecam Tak Hormat Jenazah

Nama usahawan muda, Hafiz Mahamad tidak perlu diperkenalkan lagi, apatah lagi kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda.

Sebelum ini, Hafiz ada berkongsikan mengenai sahabat baiknya yang jatuh sakit dan bergegas pulang ke Kelantan. Namun, sahabatnya bernama Loh itu dikhabarkan telah meninggal dunia semalam.

Susulan berita pemergian sahabatnya itu, Hafiz sekali lagi bergegas ke Kelantan menziarahi jenazah buat kali terakhir. Malah, Hafiz juga dikhabarkan mengimamkan solat jenazah rakan baiknya itu.

Bagaimanapun, timbul isu tak sedap didengar apabila ramai yang kurang senang dengan tindakan usahawan itu yang merakam proses pengebumian yang disifatkan tidak menghormati jenazah.

 

Ada juga di kalangan netizen empertikaikan tindakkannya merakam momen solat jenazah dan juga ketika jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad.

Kata netizen lagi, tindakan usahawan itu tak kena dengan waktu lebih-lebih lagi ahli keluarga arwah baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan rakaman video yang dibuat semata-mata untuk mendapatkan content untuk dimasukkan ke dalam media sosial sekaligus ditonton oleh ramai netizen.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang berpendapat banyak pengajaran yang diperoleh daripada perkongsian usahawan itu terutama tentang soal persahabatan kerana sukar untuk memiliki sahabat yang baik seperti ini.

Malah, ada yang mengatakan jika kurang senang dengan video tersebut, tegur secara berhemah dan bukan dengan memberikan komen secara sindiran.

SUMBER: Ohmymedia