Rakyat China Belanja Lebih RM60 Juta Beli Durian Musang King Tak Sampai Sejam

Jika sudah duduk di Malaysia tidak sah sekiranya jika tak merasa durian. Sebut saja nak makan durian apa, dari durian kampung sehinggalah durian gred paling agung, semua ada di sini.

BACA: Shah Rukh Khan Berkopiah Dari Temerloh Mohon Maaf

Di atas kelebihan ini jugalah durian baka negara kita iaitu Durian Musang King telah berjaya menarik perhatian dunia atau lebih tepat lagi, perhatian negara China.

Melalui laporan South China Morning Post, sebanyak 300,000 biji durian Musang King berjaya dijual dalam masa tidak sampai sejam.

Daripada jumlah itu, dengan berat kira-kira 60 tan, jumlah keseluruhan jualan berjaya dijual sekitar RM61.2 juta (USD $14.7 juta)

Lebih menarik lagi, jumlah jual beli itu berlaku secara online sahaja. Perkara membanggakan itu diumumkan pada hari pelancaran festival durian turut dilakukan secara online tetapi dari tiga lokasi berbeza, Qinzhou, Kuala Lumpur dan Raub, Pahang.

Menurut statistik, China telah mengimport 600,000 tan durian bernilai USD$1.7 bilion tahun lalu, dengan 7,700 tan durian bernilai USD$67 juta diimport dari Malaysia dan pada 2018, China juga telah mengimport 3,200 durian sejuk beku dari Malaysia yang berjumlah USD41 juta.