Rakyat Malaysia Berganding Bahu Bantu Pelajar Yang Terkandas Trending Di Twitter

Susulan peningkatan kes pandemik COVID-19 sejak beberapa hari lalu sekaligus menimbulkan kebimbangan semua pihak. Rakyat baru sahaja bangkit daripada kesan awal pandemik enam bulan lalu, kini mereka dihambat kembali duka yang hampir sama.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila ramai pelajar terkandas susualn keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Berikutan pengumuman itu, sebilangan penuntut IPT dilaporkan tidak dapat pulang ke rumah, malah tidak tahu mana hendak dituju disebabkan masalah kewangan.

Bagaimanapun, nasib pelajar-pelajar itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang tampil membantu rakan pelajar yang terjejas.

Malah trending di Twitter hastag #SiswaJagaSiswa, dimana ramai yang menawarkan bantuan kepada pelajar antaranya antaranya tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit.

https://twitter.com/rudyroutepecker/status/1312046668481654784

https://twitter.com/mishaqstn/status/1312051933637562369?

https://twitter.com/edryfaizal/status/1312001415619829761?

https://twitter.com/TattyHassan/status/1312009155205455873?

Tidak kurang juga ada yang menawarkan pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman serta tiket bas mahupun kapal terbang untuk mereka kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia sememangnya hebat. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib pelajar yang terkandas. Bantuan anda amat dihargai ketika negara sedang berperang dengan COVID-19.