Ramai Ingat Buang Kucing Dekat Pasar Senang Cari Makan, Tapi Ini Sebenarnya Berlaku

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kes atau kisah penganiayaan melibatkan kucing. Malah, semalam tular di laman sosial kucing dipukul sehingga lemah dan berdarah di bahagian muka.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan ramai netizen berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan individu tersebut serta mahukan pemukul kucing itu ditangkap.

Boleh dikatakan ramai yang mempunyai kucing sebagai haiwan perliharaan yang diberi makan secukupnya dan sudah dianggap sebagai keluarga. Namun tidak semua orang mempunyai rasa simpati dan ihsan terhadap haiwan tersebut sehingga sanggup mencederakannya.

Lebih menyedihkan apabila ada pemilik kucing yang mungkin sudah bosan atau tidak mahu menjaga kucing yang sakit membuang mereka di pasar-pasar atau kedai makan.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh seorang netizen bernama Umie Abie, dia mengingatkan kepada orang ramai agar tidak membuang kucing di pasar.

Ramai yang menyangkakan mereka membuang kucing di pasar kerana mudah untuk mencari makan, namun tidak semua kucing boleh mencari makan sendiri.

Jika kucing tersebut dibela dari kecil dan biasa diberi makan oleh tuan mereka, amat sukar untuk hidup diluar kerana mereka tidak tahu untuk mencari makan.

Tidak kurang juga, ada yang menjadi mangsa manusia kejam. Akhirnya, kucing-kucing tersebut mati begitu sahaja akibat kebuluran.

Difahamkan, menerusi perkongsian Umie Abie, dia sering menyelamatkan kucing-kucing yang dibuang dan menjaga dengan penuh kasih sayang.

SUMBER: SiakapKeli& Facebook Umie Abie