Petang tadi, perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perutusan Khas Kita Prihatin sememangnya dinanti oleh seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun kemunculan Muhyiddin secara siaran langsung itu mengejutkan rakyat apabila Perdana Menteri ke-9 itu kelihatan penat.
Malah, ketika menyampaikan perutusan khas selama 30 minit itu, Muhyiddin seperti kehilangan suara dan beberapa kali memperbetulkan nadanya yang tersangkut-sangkut.
Melihatkan keadaannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan kasihan melihat keadaan Muhyiddin.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen turut bertanyakan mengenai kesihatan Muhyiddin serta mendoakan agar ‘Abah’ diberikan kesihatan yang baik untuk terus menerajui negara.
Sementara itu, ada yang mengatakan mungkin pengumuman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwaan pertukaran kerjaan pagi tadi secara tidak langsung mengganggu emosi Muhyiddin.