Ramai Kecewa Lagu Purnama Tak Menang, Netizen Dakwa Kemenangan Naim Daniel Dirompak?

0
22884

Semalam Anugerah Juara Lagu ke-36 mengejutkan ramai apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah dinobat sebagai juara.

Bagaimanapun, di laman Twitter trendng nama penyanyi Naim Daniel apabila ramai yang meluahkan rasa kecewa lagu Purnama nyanyiannya itu tidak menang.

Rata-rata peminat menjangkakan lagu tersebut akan menang namun mungkin tiada rezeki untuk AJL tahun ini.

Tidak kurang juga ada yang menjangkakan Purnama aakan menang Persembahan Terbaik namun sangkaan mereka meleset.

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa kemenangan Naim Daniel dirompak. Meskipun tidak membawa pulang apa-apa trofi malam tadi, namun peminat mengatakan Naim Daniel sudah menang di dalam hati mereka.

Sementara itu, masih lagi hangat diperkatakan mengenai persembahan katil tergantung daripada Naim Daniel malam tadi.

Malah, ada yang meluahkan rasa bimbang melihat katil tersebut goyang-goyang ketika persembahan serta risau akan jatuh.