Ramai Tak Suka Karakter Papa Zola Punca Watak Digugurkan Dalam Filem?

Sebut sahaja kartun animasi BoBoiBoy, tidak dinafikan watak Papa Zola antara yang menyerlah kerana karakternya yang menghiburkan sehinggakan sebut sahaja ‘Kebenaran’ semua sudah tahu tagline tersebut.

Terbaru, Monsta membuat keputusan untuk membuang satu watak dalam filem BoBoiBoy kerana terlalu banyak watak dan masing-masing merebut masa di dalam skrin.

Segalanya terjawab apabila Nizam Abd. Razak selaku CEO Monsta dan juga pelakon suara Papa Zola mengesahkan watak Papa Zola akan dibuang daripada filem BoBoiBoy akan datang.

Menurutnya, dengan membuang watak Papa Zola, watak-watak lain dapat diberi peluang untuk lebih menyerlah dalam filem.

Tapi buat peminat Papa Zola tidak perlu risau kerana watak tersebut masih ada lagi menerusi siri animasi dan bukannya dimatikan.

Menerusi perkongsian di Facebook Nizam Abd. Razak, rata-rata netizen mengatakan pasti sepi jika tanpa Papa Zola serta berharap watak itu akan muncul sebagai cameo di dalam filem.

SUMBER: Aksiz