Perkongsian peguam Nurul Hafidzah baru-baru ini menjadi perhatian apabila meluahkan hasratnya yang mahukan pendidikan undang-undang diajar sejak bangku sekolah lagi.
Menerusi satu entri di Instagram, peguam itu berkata dia berpendapat sebegitu selepas melihat ramai ramai yang menunjukkan ‘kebodohan’ masing-masing tentang undang-undang tanpa memahami perkara tersebut.
“Pendidikan undang-undang asas patut bermula dari sekolah. Sebab buktinya masih penuh merata-rata orang yang mempamerkan kebodohan maksimum, yang tak faham hujung pangkal, proses, sebab dan lain-lain.
“Tak kisahlah professional, terpelajar, dan apapun status sosial ekonomi mereka. Sama sahaja. 2×5,” tulisnya.
Peguam itu turut memerli golongan pemfitnah yang menfitnah dirinya dengan memberi tips untuk masuk ke syurga.
Sejak April lalu, hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.
Malah, turut menjadi bualan mengenai salah seorang peguam Nurul Hafidzah yang dikecam teruk kerana telah mewakili pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun.
SUMBER: Instagram hafidzahhassan