Rambut Dipotong Guru Disiplin Hingga Kemurungan, Ibu Minta Kembalikan Maruah Anak Sebagai Pengawas

Seperti kita tahu pelajar perlu mengikut peraturan sekolah dimana tidak boleh berambut panjang. Malah, seorang menjadi tradisi apabila guru menggunting rambut pelajar sebagai hukuman.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa apabila rambut anak lelakinya dipotong oleh pihak sekolah.

Sedar bahawa perkongsiannya itu akan dikecam, wanita itu meluahkan akibat daripada itu anaknya kemurungan dan tidak lagi ceria seperti biasa.

Menurut wanita itu, anaknya seorang pengawas dan sering menjadi imam di sekolah serta pengacara majlis. Malah, anaknya itu seorang yang sangat berdisiplin.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu anaknya berubah hampir 100 peratus dek kerana guru disiplin memotong rambutnya sehinga tobek dan hanya boleh dibotakkan sahaja.

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan turut memuat naik gambar anak lelakinya sebelum dipotong sebagai bukti.

Tambahnya lagi, anaknya sembunyi di dalam tandas kerana terlalu malu sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah berjalan kaki.

Dalam pada itu, wanita itu meminta pihak sekolah bertanggungjawab di atas apa yang berlaku serta kembalikan semula maruah anaknya sebagai pengawas yang dihormati.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengkritik wanita itu yang dikatakan lemah serta terlalu manjakan anak.

Kata netizen lagi, budak-budak sekarang berbeza dengan zaman dahulu dan jika generasi sekarang menerajui masa depan ada kemungkinan negara boleh lingkup.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat anaknya bukan lemah tetapi kerana dimalukan di khalayak ramai sehingga menggangu emosi.

SUMBER: Twitter