Rasa Geli Di Kepala Masa Bawa Motor, Rupanya Lipan Tumpang Helmet

Tidak dinafikan pasti ramai mereka di luar sana geli dengan serangga. Lebih mengejutkan, kebanyakan yang geli dengan serangga kerana ada pengalaman yang tidak dapat mereka dilupakan.

Seperti video dikongsikan oleh lelaki dikenali sebagai Wak Sarep ini apabila berdepan dengan serangga berbisa yang menyorok di dalam topi keleder miliknya.

Berkongsi cerita mengenai detik cemas itu di akaun TikTok miliknya, menurutunya ketika dia sedang menunggang motosikal tiba-tiba terasa geli pada telinganya.

@waksarepyamahasokan

Hati2 korang.. Sebelum sarung helmet, check dulu.. Tgh ride, dok geli2 kt telinga pulak.. 😵😵 #safety1st #fypシ #foryourpageviral #foryourpagetiktok

♬ bunyi asal – WakSarepYSokan – Wak Sarep Y Sokan

Ujarnya, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan memeriksa yang akhirnya terkejut apabila terlihat lipan di sebalik span topi keledarnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut terkejut dan serta mengatakan lelaki itu bernasib baik kerana berhenti untuk periksa kerana bimbang lipan berkenaan akan masuk ke dalam telinga.

Malah, Wak Sarep turut berpesan kepada rider diluar sana agar lebih berhati-hati dan memeriksa topi keledar terlebih dahulu kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

SUMBER: TikTok WakSarep