Rasa Tomyam Terlebih Sedap, Rupanya Masak Guna Minyak Sembahyang

0
28114

Sebut sahaja hidangan tomyam sememangnya ianya sangat popular dan tidak dinafikan ramai yang sukakan rasanya yang unik.

Jika anda mahukan rasa tomyam lebih sedap, mungkin anda patut cuba cara digunakan oleh individu ini untuk rasa yang lebih sedap. Namun, minyak yang digunakanĀ  membuatkan anda fikir banyak kali.

Seperti yang dikongsikan di aplikasi TikTok ini, individu berkenaan memuat naik video perbualan bersama rakannya yang menggunakan minyak untuk memasak tomyam.

Namun, dia terkejut apabila tertulis minyak sembahyang pada botol tersebut. Rakannya itu juga turut terkejut serta mengatakan minyak itu juga digunakan untuk membuat nasi lemak.

Lebih menghiburkan, individu itu mengatakan patutlah rasa tomyam dinikmati mereka terlebih sedap, rupanya tersalah guna minyak.

Diruangan komen, individu itu menjelaskan minyak itu milik rakan mereka berbangsa India dan bukan kerana tersalah beli.

Malah, netizen berbangsa India turut menjelaskan tiada masalah jika termakan minyak tersebut kerana tiada campuran lain dan sememangnya ia digunakan untuk sembahyang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur serta mengatakan tomyam yang dimasak oleh mereka itu diberi nama tomyam suci kerana menggunakan minyak berkenaan.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan minyak sembahyang itu mungkin akan laku keras selepas ini untuk dibuat hidangan tomyam.

SUMBER: TikTokĀ