Menerusi sidang media Pakej Bantuan Khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rebat elektrik kepada semua pengguna TNB bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Januari 2021.
Menurut Muhyiddin, rebat elektrik yang ditawarkan adalah pada kadar 2 sen setiap kWh.
Dalam pada itu, turut diumumkan diskaun bil elektrik sebanyak 10% akan diberikan kepada 6 sektor terpilih daripada Januari sehingga Mac 2021 ini.
Antara sektor yang terpilih adalah pengendali hotel, taman tema, pusat konvesyen, pusat beli belah, syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan.
https://twitter.com/BernamaTV/status/1351087008257605635