Menerusi sidang media Pakej Bantuan Khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rebat elektrik kepada semua pengguna TNB bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Januari 2021.
Menurut Muhyiddin, rebat elektrik yang ditawarkan adalah pada kadar 2 sen setiap kWh.
Dalam pada itu, turut diumumkan diskaun bil elektrik sebanyak 10% akan diberikan kepada 6 sektor terpilih daripada Januari sehingga Mac 2021 ini.
Antara sektor yang terpilih adalah pengendali hotel, taman tema, pusat konvesyen, pusat beli belah, syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan.
Rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, pada kadar 2 sen setiap kWh, bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021 – PM Muhyiddin#PKP #COVID19 pic.twitter.com/OVRQJknJrP
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) January 18, 2021