Seorang remaja ditahan polis Sarawak susulan video provokasi berkenaan isu serangan udara Israel ke atas Gaza tular di media sosia.
Menerusi video tersebut, remaja berkenaan didakwa mempersoalkan penentangan rakyat Malaysia terehadap serangan itu.
Remaja berkenaan yang tidak menyembunyikan identitinya meluahkan persoalan berikutan sokongan umat Islam terhadap Palestin serta mendakwa mereka yang melakukan sokongan tidak cukup ilmu.
Tidak hanya setakat itu, remaja yang menggunakan akaun Facebook ‘Meofisherman’ ini didakwa turut membuat provokasi ke atas individu lain sehingga rumahnya di Taman Sukma di sini diserbu orang ramai, malam semalam.
Dalam beberapa video tular, remaja terbabit bukan sahaja cuba menjelaskan pendiriannya, malah sempat dipukul oleh beberapa individu yang menyerbu rumahnya.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, remaja yang berusia 18 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi.
Difahamkan, remaja berkenaan ditahan reman selama empat hari sehingga 22 Mei ini.
Dalam pada itu, pihak polis memandang serius insiden lebih 15 orang berkumpul beramai-ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ia susulan ada di antara mereka dikesan tidak menggunakan pelitup muka serta gagal melakukan penjarakan fizikal.
SUMBER: Astro Awani