Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Adik Jadi Punca Kluster Baharu

Jumlah kes harian mencatatkan peningkatan apabila semalam 2,148 kes Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977.

Lebih mengejutkan, Terengganu mencatatkan 238 kes aktif termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Rakyat.

Difahamkan, Kluster Taman Rakyat berpunca daripada ktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, berkata 26 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster berkenaan, iaitu 11 ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.

“Hasil pertemuan hanya untuk ‘kirim’ duit kenduri serta cendera hati telah menjangkiti kawan baik.

“Kawannya itu pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah,” katanya.

Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April adalah kluster komuniti yang membabitkan daerah Dungun.

Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.

SUMBER: BH Online