Resepi Kek Coklat Gebu Tak Sampai RM10 Ini Catat Hampir 40,000 Perkongsian

Okay, kami nak mengaku, disebabkan tengok perkongsian ini di Facebook, terus lapar dibuatnya. Mula-mula macam tak percaya dengan resepi kek coklat gebu ini tapi lepas baca komen, ramai yang sudah buat dan sememangnya menjadi.

BACA: Resepi Korean Garlic Cheese Bread Ini Hanya Guna Roti Burger!

Okay, tak mahu cakap panjang, jom kita tengok cara penyediaan dan step by step nak buat kek coklat. Ringkas dan mudah sangat-sangat, serius!

Bahan yang diperlukan:

3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung self-raising (boleh digantikan dengan tepung gandum dan 1 sudu baking powder)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko atau milo
1/4 cawan air panas

Cara penyediaan:

1. Campurkan gula dan telur. Gaul hingga sebati guna senduk nasi

2. Lepas itu masukkan minyak dan kacau hingga sebati

3. Kemudian masukkan pula tepung dan serbuk koko. Kacau lagi hingga sebati

4. Tambahkan sedikit air panas

5. Akhir sekali masukkan adunan dalam loyang. Bakar pada suhu 170°C dalam 50 minit atau kalau nak kukus, boleh kukus selama 40 minit

Ini hasilnya!

Nampak mudah sangat, bukan? Kalau tak percaya dengan resepi ini, anda boleh tengok sendiri bahagian komen di sini. Memang menjadi, siap ada yang tambah macam-macam lagi di atas kek tersebut.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.