Pekerjaan sebagai penghantar makanan bukan mudah, mana tidaknya mereka perlu membawa motosikal dalam keadaan hujan dan panas untuk memastikan makanan sampai ke pelanggan.
Baru-baru ini, seroang rider Foodpanda berkongsikan kisah mengharukan di Facebook apabila dia diberikan tip sebanyak RM1,000 ketika menghantar makanan ke rumah pelanggannya.
Menurutnya, apabila sampai di rumah pelanggan berkenan, wanita itu memintanya masuk ke dalam pagar rumah dan mengambil sampul di atas meja yang di luar rumah.
Sebaik sahaja membuka sampul itu, dia terkejut dengan jumlah yang diperoleh. Dia kemudian menghubungi pelanggan tersebut untuk memastikan perkara berkenaan.
Lebih sebak, wanita itu membalas dia ikhlas memberikan wang sebanyak RM1,000 buat rider berkenaan serta meminta mendoakan agar dia segera dikurniakan rezeki zuriat.
Katanya lagi, dia turut berharap rider berkenaan berkongsikan rezeki wang tersebut dengan rakan-rakan yang lain.
Rider itu turut membalas mesej mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar wanita itu segera mendapat zurat dan dimurahkan rezeki.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Facebook Muhammad Faris Faizul