Rupa Macam Kutu, Ramai Lagi Tak Tahu Haiwan Ini Boleh Dimakan

Sebut sahaja seafood memang ramai yang gemarkannya lebih-lebih lagi jika dapat dinikmati secara segar. Jika diikutkan apa sahaja kehidupan laut boleh dimakan. Tetapi ramai yang tidak tahu dengan hidupan laut seperti kutu ini bahawa ianya boleh dimakan.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok berkongsikan videonya menangkap haiwan berkenaan di laut. Cara untuk menangkapnya mudah sahaja hanya menggunakan bakul dan ianya boleh didapati di persisir pantai.

Melihatkan rupa hidupan laut berkenaan ianya seperti kutu. Di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan hidupan tersebut merupakan kutu laut namun tidak tahu ianya boleh dimakan.

@jeffsumardeeismail

sape pernah makan? #fyp #viraltiktok #yatyat #sea #seafood

♬ original sound – Jeff Sumardee Ismail – Jeff Sumardee Ismail

Malah, ada juga yang mengatakan mereka tidak tahu hidupan tersebut wujud dan tidak pernah melihatnya.

Menerusi video dikongsikan, hidupan tersebut hanya dilumur dengan kunyit dan garam kemudian terus digoreng. Melihatkan individu tersebut makan sebaik sahaja digoreng nampak cukup menyelerakan.

Sementara itu ada yang mengatakan hidupan tersebut dipanggil ibu remis dan sering dibuat umpan memancing. Kata netizen lagi ianya juga sedap dimakan jika dibakar.

Tidak kurang juga ada mengatakan rasanya sama seperti baby crab dan sedap dimakan jika ianya digoreng serta rangup.

SUMBER: TikTok jeffsumardeeismail