Salah Kereta Lain Sampai Maut, Pemandu Myvi Jugak Yang Disalahkan

Sejak semalam, tular di media sosial memaparkan sebuah kereta Suzuki Swift merempuh tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengah-Bayan Baru, GeorgeTown.

Dalam kejadian berlaku pada jam 2.45 petang itu, tiga buah kereta terlibat dalam kemalangan termasuk Perodua Myvi dan Toyota Vios.

Bagaimanapun, netizen bersimpati dengan nasib pemandu Myvi dituduh oleh orang awam kononnya menjadi punca kemalangan tersebut sedangkan dia berada di hadapan.

Menerusi satu video tular di Twitter, dapat dilihat individu yang merakam tanpa usul periksa mendakwa pemandu Myvi berkenaan dikatakan punca kemalangan.

Video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyelar individu berkenaan yang menuduh tanpa mengetahui perkara sebenar.

Difahamkan, pemandu Suzuki Swift berusia 30 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah keretanya yang terbalik.