Salahkan Syarikat Kurier Punca Barang Pecah, Pembeli Teruk Dihentam Netizen

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu komisyen pekerja J&T tidak dibayar dan menyebabkan longokkan parcel. Bagaimanapun, kali ini isu lain pula muncul.

Tular di media sosial menunjukkan barang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut dalam keadaan hancur dan langsung tidak boleh digunakan lagi.

Dapat dilihat barangan tersebut tidak menggunakan kotak, bubble wrap serta tiada tanda fragile diletakkan oleh penjual.

https://twitter.com/iamajayrahman/status/1353888907566276609

Bagaimanapun, tindakan pembeli yang menyalahkan pihak J&T berikutan barangan diterima rosak ternyata mengundang kecaman netizen.

Netizen berkata barangan itu rosak bukan disebabkan pihak kurier tetapi penjual yang tidak membungkus barangan berkenaan dengan baik.

Rata-rata netizen mengatakan barangan yang diterima menggunakan perkhidmatan J&T sentiasa dalam keadaan baik. Malah, peniaga turut mengatakan selama ini tiada masalah sepanjang mengunakan perkhidmatan kurier itu.

Kata netizen lagi, jika barangan lambat tiba mungkin boleh salahkan kurier berkenaan tetapi jika barangan rosak kerana tidak dibalut dengan baik ianya adalah salah penjual.

Bagaimanapun, difahamkan pemilik asal video tersebut telah pun memadam video berkenaan selepas menerima kecaman ramai. Apa pun diharap penjual lebih peka sebelum melakukan penghantaran, tak pasal-pasal orang lain dipersalahkan nanti.

SUMBER: Twitter