Baru-baru ini kenyataan yang dimuat naik oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menjadi perhatian warga Twitter.
Menerusi entri itu, Dr Rafidah berkongsikan iklan produk minuman kesihatan yang membantu mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol yang dipromosikan oleh penyanyi dan pelakon, Mawi.
Membidas penjelasan yang dibuat oleh Mawi, Dr Rafidah berkata penerangan diberikan oleh selebriti itu tidak benar.
Salam Mawi,
Kenapa perlu menipu pesakit2 kronik saya?
Perbuatan ini sudah salah dari segi akta Iklan dan Ubat 1956.Tak payah nak cerita tentang kenyataan yg menipu dan menunggang agama! pic.twitter.com/HeYpaxKKuF
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) May 4, 2022
“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya?.
“Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956,” katanya
Sebelum ini, Mawi muncul dalam sebuah video berkongsi kelebihan sebuah jenama jus minuman yang boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain.
Mawi juga turut berkongsi cerita pengalaman keluarganya yang mengamalkan jus minuman berkenaan berjaya kembali sihat dari penyakit dalaman.
Dalam satu Tweet lain, Dr Rafidah turut meminta para selebriti supaya memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.