Sambal Bilis Isteri Bekalkan Di Jepun Dah Nak Habis, Wartawan Astro Arena Akui Hadapi Masalah Besar

0
45431

Tidak dinafikan, berada di perantauan demi tuntutan kerja adalah sesuatu yang sangat mengujakan namun dalam masa yang sama, bukan mudah juga untuk meninggalkan isteri dan keluarga di tanah air.

BACA: Kahwin Dengan Kawan Baik Sendiri, Suami Isteri Ini Geli Bila Cuba Bermanja

Lebih memeritkan adalah perbezaan hidangan juadah di luar sana. Pastinya masakan isteri menjadi ingatan bila sudah berjauhan dan itulah yang terjadi kepada wartawan sukan Astro Arena, Bazly Azmi yang kini berada di Jepun untuk membuat liputan Olimpik 2020 di sana.

Berkongsikan ‘masalah besar’ yang dihadapinya itu, ternyata perkara tersebut turut mengundang rasa lucu di kalangan netizen.

@astroarena

aduhhh crisis besar nmpknya, siapa blh hntr sambal ikan bilis kt Bazly ni.

♬ original sound – Astro Arena

Sementara itu, jika dilihat di Instagram Bazly, rupa-rupanya isterinya sudah menawarkan bekas besar untuk bekalan sambal bilisnya itu, bagaimanapun ditolak olehnya. Isteri sentiasa betul, kan?

Begitulah rakan-rakan, kalau tekak kita sudah tekak sejati Malaysia – mana mampu menahan kerinduan air tangan isteri dan juga makanan Malaysia.

Macam mana pula pengalaman anda ketika melancong ke luar negara? Tapi musim tak boleh balik kampung sekarang pun kita sudah rindu teruk dengan air tangan mak, bukan?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.