Sarimah Dedah Rahsia Langsing & Sihat, Ramai Terkejut

Meskipun usia sudah mencecah 43 tahun, namun penyanyi dan pengacara televisyen, Che Puan Sarimah Ibrahim dilihat tetap cantik dan awet muda.

Malah, ramai wanita yang cemburu melihat Sarimah yang kekal langsing dan seperti Vampire kerana tidak nampak tua langsung serta sama saja seperti dahulu.

Baru-baru ini, menerusi video dimuat naik di TikTok, Sarimah menjawab soalan peminatnya yang meminta beliau berkongsikan rutin makanan sihat harian.

https://www.tiktok.com/@thesarimah/video/7233989733146316033

Menurut Sarimah, beliau mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap seperti 5 hidangan sehari. Lebih mengejutkan, Sarimah hanya makan nasi dua tiga suap sahaja.

“Setiap hari saya makan sikit tapi selalu. Seperti mungkin 5 hidangan sehari. Breakfast saya makan omelette, lunch pun saya makan omelette. Kemudian, nasi dua tiga suap, dan sayur.

“Tea time pun saya makan something yang ada protein juga la, kalau boleh ayam ke apa. Dinner kena ada protein. Itu makan saya setiap hari,” kongsinya.

Bagaimanapun, Sarimah mengakui ‘ujian’ terbesar buat dirinya adala makanan seperti coklat dan biskut kerana itu adalah kegemaran beliau.

“Saya hantu coklat. Itu adalah perkara yang harus saya jaga. Suka makan cookies. Ya Allah, itu adalah ‘cobaan’ terbesar,” katanya.

Dalam pada itu, Sarimah turut berkongsikan rutinnya yang banyak minum air kosong serta mengamalkan meminum segelas air sebelum makan.

Perkongsian Sarimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bertanyakan bagaimana dapat bertahan dengan hanya makan nasi dua hingga 3 suap sahaja.

SUMBER: Murai