“Saya Mengaku Saya Tak Vaksin & Bawa Orang Tak Vaksin Ke Saudi”- Ustaz Abu Syafiq

Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan ada jemaah umrah yang pulang disahkan positif Covid-19 varian Omicron.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ada di antara mereka ini tidak divaksinasi sekaligus mencetuskan perdebatan netizen bagaimana boleh lepas ke Tanah Suci Mekah.

Sedang hangat diperkatakan mengenai isu tersebut, tiada angin tiada ribut Ustaz Abu Syafiq tampil membuat pengakuan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksinasi itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pendakwah sensasi itu turut mendakwa dirinya juga tidak divaksinasi.

Dalam kenyataannya itu, Ustaz Abu Syafiq juga turut mendakwa ramai jemaah yang tidaka mengambil vaksin. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan kenyatananya itu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut dengan kenyataan berkenaan serta mempersoalkan bagaimana boleh menunaikan umrah tanpa vaksin.

SUMBER: Instagram Ustaz Abu Syafiq