“Saya Tak Boleh Balas, Saya Serah Kepada Tuhan”

Hangat diperkatakan mengenai video usahawan didakwa memarahi dan memalukan seorang warga emas di khayalak ramai, ramai yang berang dengan tindakan usahawan dan juga influencer tersebut.

Bagaimanapun, usawahan berkenaaan, Carl Samsudin sudah pun memohon maaf dan memaklumkan akan segera bertemu semula dengan pakcik tersebut untuk memohon maaf secara bersemuka.

Dalam pada itu, personaliti TV3, Fedtri Yahya ada berkongsikan video temu bual bersama pakcik berkenaan di Pusat Transit Gelandangan.

Menerusi video tersebut, pakcik berkenaan dalam keadaan sebak mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mempertahankannya dan menyerahkan kepada Allah untuk membalasnya.

“Terima kasih banyak. Saya tak boleh balas, saya hanya serah kepada Tuhan. Memang itu jawab dia betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah,” katanya sayu.

Perkongsian video tersebut, Fedtri turut meminta warga emas berkenaan tidak bersedih kerana ramai mereka diluar sana yang menghargainya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut sebak mendengar jawapan daripada warga emas berkenaan serta memberikan kata-kata semangat untuk terus kuat.