“Saya Tak Faham Kenapa Isu Saya Berpantang Ni Beriya Sangat”

Baru saja menimang cahaya mata kedua pada minggu lalu, aksi pelakon Emma Maembong semasa berpantang menimbulkan kebimbangan ramai.

Sering menerima teguran daripada netizen mengenai pantang larang selepas bersalin, akhirnya Emma tampil bersuara menerusi satu video.

Menurut Emma, pada awalnya dia tidak peduli dengan kata-kata netizen namun lama-kelamaan ianya berlarutan sehingga dirinya difitnah.

Ujarnya, dia sedar mungkin teguran itu kerana mereka menyayangi dirinya namun dia tidak faham mengapa ada yang beriya mengenai isunya berpantang.

@emmamaembongfans7

Chill guys, jangan stress2 pasal pantang.

♬ original sound – EmmaMaembong – Emma Maembong Fan Club

“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ni beriya sangat. Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okaylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.

“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam dia duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang ke tak.

“Alhamdulillah, saya sihat takda pun viral yang kata saya menangis ke tumpah darah ke semua tu fake. Saya berpantang, jangan risau.

“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda bertungku, tangas, urut, sauna, pakai bengkung dan sebagainya,” katanya.

Tambah Emma lagi, setiap wanita berpantang melalui proses berbeza mengikut keadaan mereka selepas bersalin. Kata Emma lagi dia tetap menjaga dalaman serta mengambil makanan yang sihat.

“Alhamdulillah daripada anak first sampai anak kedua saya bersalin secara normal tapi tak ada koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit dia sebenarnya ikut atas badan masing-masing.

“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga. Semua manusia lain-lain, tak ada yang sama.

“Cuma saya tak adalah berlari dan join marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang

“Macam banyak sangat yang komen dan bandingkan cara mereka berpantang sebelum ini. Macam saya, saya bersalin memang tak sakit luaran tapi dalaman saya tetap jaga dan makan makanan sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Emma turut mendoakan urusan wanita-wanita lain yang sedang berpantang dipermudahkan serta meminta netizen diluar sana hormat orang lain dan pendirian mereka.

“Saya tahu dengan video saya ni bukan semua orang setuju. Saya hanya nak bagitahu yang saya sihat je dan yang lain itu semua fitnah. Kena respect each other, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri.

“Saya pun doakan yang terbaik untuk semua wanita yang sedang berpantang di luar sana. Badan masing-masing,” katanya.

SUMBER: Cari Forum