Bulan lalu hangat diperkatakan apabila sindket Macau Scam di Malaysia akhirnya tumpas apabila beberapa individu telah pun ditahan untuk siastan lanjut. Bagaimanapun, sehingga kini sindiket itu masih ‘ligat’ lagi untuk mencari mangsa.
Meskipun sudah pelbagai cara dilakukan oleh pihak polis namun masih ada yang tertipu dengan sindiket tersebut yang ternyata sangat licik untuk menipu mangsa.
Jika sebelum ini sindiket tersebut menyamar sebagai pihak berkuasa dan pegawai bank, namun kini mereka lebih ekstrem apabila menakutkan mangsa dengan tuduhan dan kesalahan yang palsu sehinggakan mangsa terpedaya.
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai sebuah video seorang pegawai polis ‘melayan’ panggilan daripada scammer yang didakwa dari Pos Malaysia Kuala Lumpur.
Namun, apa yang menjadi perhatian scammer tersebut turut mengajar pegawai polis berkenaan untuk membuat laporan polis yang kemudiannya disambung ke Ibu Pejabat Polis Sabah.