Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun, Adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati dipercayai akibat didera. Malah, di media sosial trending #justiceforBella dan ramai menggesa pelaku dikenakan hukuman.
Disaat ramai bersedih dengan nasib menimpa adik Bella, muncul seorang netizen ini mendedahkan satu kes yang pernah terjadi di rumah kebajikan yang sama.
Menurutnya, ketika negara sedang sibuk dengan PKP pada Mei tahun lalu, berlaku satu kematian melibatkan bayi berusia 10 bulan bernama Adam di rumah tersebut.
Ujarnya, adik Adam juga merupakan seorang bayi istimewa, Syndrome Down dan memerlukan penjagaan rapi dimana perlu memberi susu mengikut waktu ditetapkan.
Dedahnya, rumah kebajikan berkenaan mengatakan kematian Adam adalah tiba-tiba. Ujarnya, jika berlaku kematian tiba-tiba maka perlulah mendapatkan laporan post mortem hospital.
Katanya, disebabkan isu adik Bella, muncul semula kematian Adam yang menjadi teka-teki. Ujarnya, adik Adam yang gemuk tiba-tiba menjadi kurus.
Individu itu turut mempersoalkan, apa yang terjadi pada Bella sekaligus menimbulkan syak bahawa kematian Adam terjadi akibat berlaku pengabaian.
“Penderaan Bella, boleh menimbulkan syak kepada kita – bahawa adakah kematian Adam berpotensi terjadi akibat PENGABAIAN?
“Sudah ada kematian tetapi kita yang tak tahu apa telah terjadi. Sebab masa tu tiada siapa memberi syak wasangka.
“Tapi sekarang, lepas Bella memberitahu kita yang penjagaan Rumah Yang Sedang Viral ni ada unsur penderaan, maka ada asas dan lokus standi – untuk kita semua mempersoalkan kematian baby Adam,” tulisnya.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai perkara itu.
Menerusi entri berkenaan, turut dokongsikan keadaan arwah adik Adam yang berisi kemudian menjadi kurus sehingga jenazah dikebumikan.
SUMBER: Facebook Fdaus Ahmad