Sebijik Macam Jenama Mewah Gucci, Beg Tangan Bata RM119 Habis Dijual

Sebut saja jenama mewah terkenal Gucci, sememangnya ramai mengenalinya, malah pasti ada yang menyimpan hasrat untuk memiliki barangan jenama tersebut.

Namun, tidak dinafikan harga barangan jenama tersebut sememangnya mahal tetapi sudah pasti setanding dengan kualiti yang digunakan.

Baru-baru ini tular video di kongsikan di TikTok mengenai sebuah beg tangan keluaran Bata dikatakan mirip jenama mewah Gucci. Melihat pada rekaan kedua-dua beg tangan tersebut sememangnya hampir sama.

 

Namun, harga beg tangan Jackie 1961 jenama Gucci itu dijual pada harga RM11,411, manakala bag tangan Prive keluaran Bata itu hanya RM119 sahaja.

Lebih mengejutkan, selepas video itu tular beg tangan jenama Bata itu telah pun habis dijual di semua platform beli belah secara atas talian.

Dalam pada itu, ada netizen mendedahkan Bata juga turut mengeluarkan beh tangan menyerupai jenama-jenama mewah yang lain seperti Bottega, Longchamp dan banyak lagi.

SUMBER: TikTok & TwitterÂ