Sedih Hati Ibu, Anak Darjah 1 Dipulau Kawan-Kawan Kerana Kulit Gelap

0
3336

Isnin lalu bermula sesi persekolahan dan sudah tentunya ramai murid gembira lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali masuk sekolah. Namun, berbeza dengan kanak-kanak darjah 1 ini pulang dari sekolah dalam keadaan sedih.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @cintaaini96 yang berkongsikan kisah anak perempuanya dimana tiada siapa mahu berkawan dengannya kerana berkulit gelap.

Lebih menyedihkan hati si ibu apabila anaknya juga memberitahu turut dimaki serta menerima carutan daripada rakan sebaya.

Si ibu turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan membuli rakan sebaya anaknya itu kerana mereka baru saja berusia 7 tahun.

Katanya lagi, disebabkan perkara itu, anaknya tidak lagi bersemangat untuk ke sekolah, namun dia menitipkan kata semangat buat anaknya untuk membuktikan bahawa dia lebih berjaya dari kawan-kawannya suatu hari nanti.

Bagaimanapun, pengguna TikTok tersebut telah menutup ruangan komen mungkin dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Apa pun diharap ibu bapa diluar sana turut mendidik anak-anak dari segi percakapan kerana bimbang boleh mengguris hati orang lain dengan.

SUMBER: TikTok