Sedih & ‘Mendalam’, Nama Gerai Nasi Lemak Ini Curi Perhatian Netizen

Sebut saja nasi lemak sememangnya hidangan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Lagi sedap kalau dapat nikmati nasi lemak bersama teh tarik, memang terangkat di buatnya.

Baru-baru ini gambar sebuah gerai nasi lemak menjadi perhatian netizen. Namun gerai ini menjadi bualan ramai bukan kerana gerainya yang ‘luar biasa’ tetapi namanya yan membuatkan sesiapa sahaja ‘terkedu’.

Nama gerai tersebut adalah Nasi Lemak Benti Kerja atau seperti yang difahami oleh netizen sebagai ‘Nasi Lemak Berhenti Kerja”.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan sayu melihat nama gerai berkenaan dan beranggapan mungkin gerai itu dibuka selepas pemilik berkenaan diberhentikan kerja.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1317788014878208002?

Kata netizen lagi, meskipun ianya mencuit hati namun nama yang dipilih menyimpan maksud mendalam. Menerusi perkongsian netizen, gerai nasi lemak itu terletak di Kajang, Selangor.

Tidak dapat dipastikan kisah disebalik pemilihan nama itu, diharap perniagaan nasi lemak oleh pemilik itu dipermudahkan dan terus maju.

SUMBER: Twitter