Sepatutnya di Hari Raya kita pergi ziarah-menziarahi namun lain pula buat lelaki ini yang segak berbaju Melayu merah dan songkok tetapi mencuri pada 1 Syawal.
Difahamkan, tular foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki tersebut mencuri di sebuah kedai serbaneka.
Lebih mengejutkan, lelaki tersebut didapati mencuri kondom daripada kedai berkenaan pada 2 Mei lalu pada jam 4.30 petang.
Turut menjadi perhatian, turut dilihat seorang kanak-kanak memakai baju Melayu merah dan bersongkok mengekori suspek dipercayai anaknya.
Tindakan lelaki tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen beristighfar pada hari raya pertama sudah melakukan perkara tidak baik.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan lelaki itu terpaksa mencuri kondom kerana segan untuk membayar di kaunter.
Namun, ada netizen mengatakan jika sudah berkahwin mengapa perlu malu untuk membeli kondom di kedai.
Meskipun wajah suspek tidak dapat dilihat kerana memakai pelitup muka, namun netizen mula bimbang kerana lelaki berbaju Melayu merah kini menjadi sasaran. Tak pasal-pasal ramai risau nak pakai baju Melayu merah.
SUMBER: mStar Online