Sekali Pandang Macam Arwah Siti Sarah, Tapi Suara Dia…

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang gadis menyanyikan lagu popular Allahyarham Siti Sarah.

Apa yang menjadi perhatian wajah gadis itu sekali pandang dikatakan mirip dengan penyanyi tersebut. Kata netizen lagi, dua kali pandang pun sememangnya wajahnya mirip dengan arwah Siti Sarah, namun suara tidak sama.

Memetik mStar Online, gadis bernama Nurul Amera Sulaiman itu berkata dia mengakui terkejut apabila wajahnya dikatakan iras arwah Siti Sarah.

Ujarnya, video tular itu dirakam ketika dia menyanyikan lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong pada Mac lalu.

Amera menjelaskan wajanya tidak seiras arwah Siti Sarah seperti yang diperkatakan netizen mungkin cara pemakaiannya nampak seperti arwah.

“Rakaman itu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti arwah.

“Jadi sekali pandang mungkin saya nampak macam arwah. Sebenarnya tidak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan arwah,” katanya.

Kata gadis 21 tahun itu lagi, meskipun tidak seiras namun dia menghargai apabila ada yang memperkatakan megenai persamaan tersebut.

“Memang tak sama tapi pandangan orang luar menyamakan dengan arwah sudah tentu say terharu. Arwah Siti Sarah seorang penyanyi yang begitu disegani,” katanya.

Dalam pada itu, Amera berkata dia menyedari ada yang membandingkan suaranya dengan arwah Siti Sarah namun dia tidak berkecil hati kerana dia menyanyi dengan cara tersendiri.

“Sudah tentu tak sama. Janganlah bandingkan suara saya macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

“Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti arwah Siti Sarah. Saya menyanyi dengan cara tersendiri,” katanya.

Sementara itu, diruangan komen Instagram mStar Online, rata-rata netizen mengakui wajah gadis itu sememangnya mirip arwah Siti Sarah. Tidak kurang juga ada yang tag suami arwah iaitu Shuib Sepahtu pada ruangan komen.

SUMBER: mStar Online