Selain Kereta, Ini Hadiah Terbaru Buat Abang Viva

Ramai yang cukup kagum dengan Abang Viva viral yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam. Mana tidaknya, dengan hanya berbekalkan RM50 tidak menghalang niat murni Azwan Omar untuk membantu mangsa banjir.

Nampaknya rezeki Abang Viva melimpah ruah, selepas bakal menerima sebuah kereta 4×4 daripad founder kosmetik, Azwan menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi bernilai RM39,000 pula.

Menerusi perkongsian Facebook ICITY Motoworld Sdn Bhd, Abang Viva menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa aksesori seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Difahamkan, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum diserahkan oleh sebuah kedai motosikal di Shah Alam.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira dengan rezeki diterima Abang Viva di atas jasanya membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Malah, ramai netizen mendoakan buat individu yang menghadiahkan motosikal tersebut dilimpahi rezeki berlipat kali ganda.

SUMBER: Kosmo!