Selain Penjual Tepi Jalan, Pembeli Pun Boleh kena Denda RM2,000

Menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat sudah menjadi satu trend masa kini untuk meraih pendapatan. Namun, ramai yang bimbang kerana ia seolah membahayakan diri lebih-lebih lagi di jalan yang sibuk.

Nampaknya, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan, malah pengguna jalan raya yang membeli produk dijual di lampu isyarat boleh berdepan denda RM2,000 kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Tambah beliau, peniaga dinasihatkan untuk mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Kosmo!