Selak Baju Noki Ketika Temu Bual, Wartawan Ini Dikecam Teruk

0
7541

Sejak semalam, tular video di laman Twitter memaparkan wartawan stesen televisyen terkenal menemu ramah salah seorang ahli K-Clique, Noki di malam Anugerah Meletop Era 2021 (AME) pada Ahad lalu.

Menerusi video itu, wartawan tersebut meminta Noki untuk menayangkan badannya yang sasa itu di hadapan kamera namun ditolak oleh penyanyi itu.

Bagaimanapun, wartawan tersebut yang dilihat tidak berhenti ketawa tetap mahu Noki menunjukkan badan dan cuba menyelak baju penyanyi berkenaan.

https://twitter.com/amyrafq_/status/1532315153223430144?

Dapat dilihat, reaksi wajah Noki seolah kurang selesa dengan tindakan wartawan berkenaan meskipun ianya hanya gurauan.

Seperti sudah dijangka, tindakan wartawan itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan tentang etika kewartawanan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan jika lelaki yang melakukan perkara sama terhadap wanita pasti akan lebih teruk dikecam dan berhari-hari akan diperkatakan.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan adakah tiada tindakan diambil kerana ianya apa yang dilakukan oleh wartawan itu adalah gangguan seksual.

Difahamkan, sebelum ini wartawan itu ada memuat naik video berkenaan di akaun TikTok miliknya namun dipercayai telah pun dipadam.

SUMBER: Twitter